Selasa, 17 Disember 2013

Oh katil~~~ku

Hi! Ok balik dari kg dalam kepala ni dah macam-macam idea nak buat bilik cantik-cantik.. Almari2 tu korang jangan ingat selepas dikeluarkan dari bilik saya terus dibuang no no no!! Satu masuk bilik farid satu letak belakang rumah... Ok no komen~~ baca entry sebelum ni ok

So katil dalam bilik saya tu masih ok sepatutnye... Bought 4 years ago mase kawen angah...tapi keutuhannya diuji 2 bulan lepas..

Adik saya si farid yang fluffy SANGAT tu telah berlari mengambil momentum dari luar bilik saya menuju ke arah katil itu dan menyemackdownkan katil tersebut... Tamatlah riwayat keutuhannya..bengang je rase.. Malam tu saya n adik alin tdo atas katil yang senget dan patah..farid tido atas katil dalam bilik dia arggghhh...

Pagi esoknye my best handyman ever abah pun tolong baiki balik katil tu bolehla stabil balik tapi saya kena tukar side dengan adik sebab die kurus so die tidur bahagian lemah..tapi balik baru ni perasan katil tu dah senget.. Nak xnak Saya kena beli katil baru..untuk tambah semangat nk tido..eheee~~ boleh lak gitu
 
Nak usha mane ye beli katil ni...any idea?? Hmmm

TERIMA KASIH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© Bee Honey Stories | Template Designed By Blog Bingkisan Hati